Kem memanah tambah kilauan emas kontinjen negara di AUG 2024

Skuad memanah negara yang beraksi hari ke-11 AUG 2024 pada Sabtu.
Skuad memanah negara yang beraksi hari ke-11 AUG 2024 pada Sabtu.
A
A
A

KEM memanah melengkapkan pemburuan pingat emas temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 apabila menambah dua lagi pingat tersebut pada hari ke-11.

Aksi di Stadion Cakrawala Universitas Negeri Malang (UNM), medal tersebut dijanakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM ) Muhammad Danieal Haqiemi Sohebi merangkul pingat emas Compound Individu Lelaki.

Muhammad Danieal menewaskan rakan seuniversiti Mohamad Syafiq Md Ariffin pada perlawanan akhir.

Muhammad Danieal mengungguli acara memanah Compound Lelaki Individu temasya AUG 2024.
Muhammad Danieal mengungguli acara memanah Compound Lelaki Individu temasya AUG 2024.

Rentak kemenangan itu diteruskan trio acara Compound Berpasukan Lelaki apabila menambah satu lagi pingat buat negara.

Trio negara dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) merangkul pingat emas Compound Berpasukan Lelaki AUG 2024.
Trio negara dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) merangkul pingat emas Compound Berpasukan Lelaki AUG 2024.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke AUG Surabaya-Malang 2024, Suhairi Ismail mengakui lega apabila sasaran 35 pingat emas selain tambahan medal tersebut diterjemahkan atlet dengan semangat juang tinggi sepanjang 11 hari temasya berkenaan.

Trio Compound Berpasukan Wanita di AUG Surabaya-Malang 2024.
Trio Compound Berpasukan Wanita di AUG Surabaya-Malang 2024.

Artikel Berkaitan:

“Ya, sebenarnya kita terlepas beberapa acara seperti wushu apabila tidak menghantar atlet, itu menyebabkan pingat emas sedikit perlahan.

"Selain itu, kita boleh lihat saingan sengit setiap acara sukan dipertandingkan di Surabaya-Malang kali ini," katanya.

AUG SURABAYA MALANG 2024

HARI KESEBELAS

Pungutan Pingat Harian

3 emas | 9 perak | 3 gangsa

Pungutan Pingat Keseluruhan

38 emas| 45 perak | 61 gangsa

PINGAT EMAS

MEMANAH

Compound Berpasukan Lelaki

MEMANAH

Compound Berpasukan Wanita

*Tidak dikira sebagai pungutan pingat

MEMANAH

Compound Individu Lelaki

PINGAT PERAK

MEMANAH

Recurve Berpasukan Wanita

MEMANAH

Recurve Berpasukan Lelaki

MEMANAH

Recurve Campuran Berpasukan

M FARHAN HAKIM A RHYME

(UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA)

Memanah: Recurve Individu Lelaki

KARATE

Kumite Berpasukan Lelaki

MUHAMMAD IRSYAD ZULKIPLI

(UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA)

Silat Olahraga: Putra H

FAHMI MIFZAL FUAD

(UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)

Silat Olahraga: Putra E

MEMANAH

Compound Berpasukan Campuran

MEMANAH

Compound Individu Lelaki

PINGAT GANGSA

KARATE

Kumite Berpasukan Wanita

HO EE JEAN (Lincon University)

Taekwondo: Kyorugi Bawah 49 kilogram Wanita

MEMANAH

Compound Individu Wanita

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!