Montella tetap bangga aksi Turkiye

Aksi antara pemain Turkiye dan Belanda dalam perlawanan suku akhir pada awal pagi Ahad. Foto AFP
Aksi antara pemain Turkiye dan Belanda dalam perlawanan suku akhir pada awal pagi Ahad. Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Turkiye, Vincenzo Montella menyifatkan pasukannya telah mempamerkan persembahan terbaik sepanjang Euro 2024 walaupun tersingkir di tangan Belanda 1-2 dalam aksi suku akhir pada awal pagi Ahad.

Mereka mara ke peringkat lapan terakhir pertandingan utama buat pertama kali sejak 2008 dan mendahului menentang Belanda di Berlin menerusi tandukan Samet Akaydin.

Bagaimanapun Stefan de Vrij menyamakan kedudukan dan jaringan sendiri pertahanan Turkiye, Murt Muldur menyaksikan Belanda mara ke separuh akhir menentang England.

"Pasukan bermain dengan semangat yang hebat dan semangat Turki. Walaupun tewas, rakyat Turki tetap menyayangi kami.

"(Pemain) membuat kami bangga bermain Kejohanan Eropah ini. Selepas Euro ini, Turki akan dilihat dengan perhatian yang berbeza pada masa hadapan, mungkin dengan rasa lebih hormat," katanya.

Montella berkata, walaupun pasukannya mensia-siakan kelebihan dan tidak dapat mengekang Belanda, dia tidak mahu mengkritik pasukan.

"Lebih baik pada ketika ini saya melihat perjalanan membanggakan yang telah dilakukan pasukan.

"Saya tidak menyesal, pemain juga sepatutnya tidak menyesal... kami memenangi tiga perlawanan di Euro jadi kami menyamai rekod Turki," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!