Sokongan orang Melayu tak akan pulih selagi Najib dinafikan hak

Hantaran Puad di Facebooknya pada Ahad (kiri), Mohd Puad Zarkashi
Hantaran Puad di Facebooknya pada Ahad (kiri), Mohd Puad Zarkashi
A
A
A

SHAH ALAM - Sokongan orang Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan tidak akan pulih selagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinafikan hak dan tidak mendapat keadilan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ahli UMNO dan kumpulan yang bersimpati terhadap Najib akan terus mengambil sikap bertawakuf atau berdiam diri.

“Pada ahli UMNO dan orang yang bersimpati dengan Najib, selagi beliau dinafikan hak dan perbicaraan adil, mereka akan bertawakuf.

“Sokongan Melayu tidak akan pulih,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Sabtu yang menyaksikan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) tewas.

Sebaliknya, Perikatan Nasional (PN) mengekalkan penguasaan di DUN itu apabila calonnya, Abidin Ismail, 56, menang kerusi berkenaan memperoleh 14,489 undi menewaskan calon parti kerajaann, Dr Joohari Ariffin yang meraih 10,222 undi.

Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal yang mesra dengan panggilan Abang Bidin menang dengan majoriti 4,267 undi, membolehkan beliau meneruskan legasi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit Allahyarham Nor Zamri Latiff.

Kemenangan Abidin itu sekali gus menyaksikan PH-BN gagal untuk merampas kembali DUN yang pernah dimenangi PKR selama tiga penggal bermula 2008.

Artikel Berkaitan:

Berikutan itu, Puad yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Pahat menggesa Kerajaan Perpaduan berhenti membuat alasan dan menerima keputusan PRK tersebut.

Beliau menegaskan, kekalahan berkenaan menjadi isyarat rakyat tidak berpuas hati dan berlaku defisit kepercayaan terhadap kerajaan.

“Terima sahajalah kekalahan di Sungai Bakap. Jangan banyak alasan dan formula kenapa kalah.

“Rakyat tidak puas hati. Defisit kepercayaan datang lagi,” ujarnya.

Menurutnya, beberapa keputusan dan tindak tanduk kerajaan selepas memenangi PRK Kuala Kubu Baharu (KKB) pada 11 Mei lalu menjadi ‘bola tanggung’ lawan.

Tambahnya, ia sekali gus menjadikan kejayaan PH-BN di KKB tidak bertahan lama.

“Jangan cepat lupa daratan selepas menang di KKB. Jangan cepat buat kejutan. Jangan abaikan kekhuatiran rakyat. Gugur saja mereka yang tidak berprestasi,” kata beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!