Ambil ibrah daripada peristiwa hijrah - Al-Sultan Abdullah

Al-Sultan Abdullah diiringi Tengku Hassanal (kiri) ketika baginda menyampaikan titah pada
majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1446 Hijrah di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah pada Ahad.
Al-Sultan Abdullah diiringi Tengku Hassanal (kiri) ketika baginda menyampaikan titah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1446 Hijrah di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu rakyat mengambil ibrah daripada peristiwa hijrah.

Baginda bertitah, peristiwa hijrah banyak mengajar umat Islam mengenai keberanian untuk meninggalkan Zon selesa dan menghadapi ketidakpastian demi kebaikan yang lebih besar.

"Hijrah bukanlah peristiwa yang tiba-tiba melainkan hasil perancangan dan strategi yang matang serta dalam hijrah, kepimpinan Rasulullah S.A.W terserlah, dikagumi.

"Kita perlu akui, meskipun perencanaan dan usaha manusia penting, hijrah mengajar kita pentingnya tawakal iaitu bergantung dan percaya kepada ALLAH SWT semata-mata.," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah (tengah) bersama penerima anugerah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1446 Hijrah di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah pada Ahad.
Al-Sultan Abdullah (tengah) bersama penerima anugerah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1446 Hijrah di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah pada Ahad.



Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1446 Hijrah di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah pada Ahad.

Hadir sama, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed ibrahim Syed Ahmad, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin serta Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pendidikan, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak hadir bagi wakil rasmi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Artikel Berkaitan:

Al-Sultan Abdullah bertitah, dalam menghadapi era globalisasi dan digitalisasi yang serba canggih, penting untuk rakyat memanfaatkan teknologi secara bijak serta bertanggungjawab.

Titah baginda, media sosial adalah sesuatu yang sebati dalam kehidupan, namun ia adalah pedang bermata dua dan ia menjadi medium untuk menyebabkan kebaikan.

Tegas baginda, namun tanpa pengawasan, ia juga menjadi senjata penyebaran fitnah dan kesesatan.

"Oleh itu, beta menyeru kepada semua, terutamanya generasi muda, gunakanlah platinum digital dengan penuh hikmah.

"Manfaatkan media sosial untuk menyebarkan kata-kata membina, memperkuatkan lagi tali persaudaraan bukan melonggarkan ikatan ukhuwah sesama insan dan jadilah contoh yang baik dalam setiap tindakan agar menjadi sumber inspirasi, kebenaran, bukanya sumber konflik serta kebingungan," titah baginda lagi.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan pemimpin agar menjalankan amanah diberikan dengan sebaiknya.

Al-Sultan Abdullah (tiga dari kanan) memberikan tabik hormat sebaik sahaja menerima potret gambar baginda pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1446 Hijrah di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah pada Ahad.
Al-Sultan Abdullah (tiga dari kanan) memberikan tabik hormat sebaik sahaja menerima potret gambar baginda pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1446 Hijrah di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah pada Ahad.

"Buat seluruh pemimpin bumi bertuah ini, tidak kira apa jua fahaman politik, warna dan logo bendera, ingatalah, setiap amanah adalah tanggungjawab yang diberikan kepada ALLAH SWT untuk dilunaskan dengan adil dan saksama.

"Tanpa mengira siapa dan di mana, tidak memandang bulu, tidak melihat rupa, berkhidmatlah untuk rakyat, taburlah sebesar mungkin kebaikan dan manfaat untuk negeri berdaulat ini," titah baginda.

Selain itu, Al- Sultan Abdullah juga meminta agar rakyat di Pahang memelihara kemakmuran tanah tercinta ini dan mahu ketenangan serta kesejahteraan dinikmati dinikmati generasi akan datang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!