PRK: Isu lalu lintas jadi perhatian PDRM
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menekankan isu trafik bagi memastikan kelancaran sepanjang proses PRK Parlimen Cameron Highlands.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, masalah lalu lintas adalah antara isu yang dikesan di kawasan tersebut.
"Jadi kita telah hantar pegawai dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) untuk memastikan kelancaran trafik di sana.
"Selain itu, PDRM juga telah menyediakan pegawai dan anggota secukupnya bagi memastikan kelancaran proses PRK di Cameron Highlands," katanya selepas 'Forum Kes Penderaan Kanak-Kanak Semakin Meningkat. Adakah Undang-Undang Kurang Berkesan?', di Maktab PDRM, di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
Pada sidang media sama, Noor Rashid turut memberi jaminan keselamatan dalam keadaan baik sepanjang PRK tersebut.
[ARTIKEL BERKAITAN: PH umum Manogaran calon PRK Cameron Highlands]
Terdahulu, PH mengumumkan Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M Manogaran sebagai calon PH bagi menghadapi PRK Parlimen Cameron Highlands.
Sementara itu, bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ramli Mohd Nor diumumkan sebagai calon BN yang akan bertanding pada PRK tersebut.
Pada 4 Jun lepas, Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan bahawa keputusan PRU14 pada 9 Mei lalu bagi Parlimen Cameron Highlands yang disandang Datuk CSivarrajh dari MIC terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Susulan itu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan pilihan raya berkenaan terbatal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!