Uruguay singkirkan Brazil

Pemain Uruguay meraikan kejayaan menewaskan Bazil. Foto AFP
Pemain Uruguay meraikan kejayaan menewaskan Bazil. Foto AFP
A
A
A

URUGUAY menewaskan Brazil 4-2 dalam penentuan sepakan penalti selepas perlawanan berakhir tanpa jaringan di Stadium Allegiant, Las Vegas untuk mara ke separuh akhir Copa America.

Brazil kehilangan khidmat Vinicius Jr yang digantung perlawanan menyaksikan pasukan Dorival Junior bergelut untuk mencipta peluang walaupun mempunyai kelebihan pemain pada lewat separuh masa kedua apabila pemain Uruguay, Nahitan Nandez dilayangkan kad merah.

Penjaga gol Uruguay, Sergio Rochet menyelamatkan sepakan penalti pertama Brazil daripada Eder Militao manakala tendangan Douglas Luiz terkena tiang untuk memberikan Uruguay kelebihan.

Walaupun penjaga gol Brazil, Alisson Becker menafikan sepakan Jose Maria Gimenez dan Gabriel Martinelli menjaringkan gol untuk memastikan Brazil terus bernyawa, Manuel Ugarte memastikan kemenangan milik Uruguay menerusi sepakan terakhir.

“Ia adalah perlawanan yang sangat tegang, menentang lawan yang sangat sukar. Kami berdepan detik sukar apabila kehilangan seorang pemain pada minit-minit terakhir.

"Tetapi, kami menunjukkan perwatakan walaupun kami masih muda. Untuk menamatkan dengan sepakan penalti dan menang,...hakikatnya adalah kemenangan yang luar biasa yang patut diterima oleh pasukan," katanya.

Uruguay akan menentang Colombia dalam aksi separuh akhir di Stadium Bank Of America pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!