Cubaan seludup 2,047 batang anak pokok tumpas

Antara anak pokok yang dirampas oleh Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok di Tanah Merah pada Ahad.
Antara anak pokok yang dirampas oleh Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok di Tanah Merah pada Ahad.
A
A
A

TANAH MERAH - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 2,074 batang anak pokok pelbagai jenis dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok dekat sini pada Ahad.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berkata, rampasan jam 3 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota ATM yang melakukan penugasan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia.

"Semasa melaksanakan rondaan, anggota bertugas telah mengesan aktiviti yang mencurigakan berhampiran tebing Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand.

"Melihat dua individu yang sedang memunggah anak-anak pokok ke dalam sebuah lori terus anggota ATM terus bertindak menahan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Anggota ATM menggagalkan cubaan menyeludup 2,074 batang anak pokok pelbagai jenis dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok di Tanah Merah pada Ahad.
Anggota ATM menggagalkan cubaan menyeludup 2,074 batang anak pokok pelbagai jenis dalam serbuan di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok di Tanah Merah pada Ahad.

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua lelaki yang ditahan itu masing-masing berusia antara 24 dan 25 tahun.

Ujarnya, antara jenis anak pokok yang dirampas ialah pokok buluh manis, sayak naga, keladi, bayan king, mutiara mas, urai mas, zamrud, pilo hijau, siam mon, mutiara adman, botani, kancana, janggut naga, orkid tanah, rumput mas dan bidara.

2 Divisyen berkata, anggaran rampasan anak pokok itu berjumlah RM14,490 dan kesemua barangan rampasan termasuk lori diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"ATM sentiasa mengawal sempadan negara dan akan memastikan keselamatan sempadan terpelihara," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!