Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan

Allahyarham Rosdi (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Mara kepada pelajar cemerlang SPM kategori OKU di Gong Manak, Pasir Puteh pada Sabtu.
Allahyarham Rosdi (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Mara kepada pelajar cemerlang SPM kategori OKU di Gong Manak, Pasir Puteh pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kategori orang kurang upaya (OKU) pada Sabtu.

Rosdi meninggal dunia pada jam 7.30 malam semasa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Sebelum itu, Allahyarham melakukan aktiviti riadah sebelum terkena serangan jantung.

Pengarah Mara Kelantan, Fazli Rizal Ismail berkata, sekitar jam 10 pagi Allahyarham telah ke Kampung Gong Manak, Pasir Puteh untuk menyerahkan sumbangan kepada Raja Amirul Mukmin Raja Safari,18.

"Allahyarham berasal dari Pengkalan Petah, Bachok dan mempunyai empat orang cahaya mata," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, arwah sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Mara.

Sebelum itu, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memuat naik hantaran di Facebook miliknya berkongsi berita sedih tersebut pada Sabtu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!