Kanak-kanak nyaris lemas ketika cari lokan disahkan meninggal dunia

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

RAWANG - Kanak-kanak lelaki yang nyaris lemas sebelum diselamatkan orang ramai dalam kejadian di Tasik Teratai, Serendah di sini disahkan meninggal dunia pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad berkata, mangsa berumur sembilan tahun itu meninggal dunia di zon merah Jabatan Kecemasan Hospital Selayang.

"Mangsa yang merupakan kanak-kanak lelaki tempatan itu dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.55 malam," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan mangsa bersama rakannya mencari lokan di sekitar lokasi sebelum terjatuh ke dalam tasik.

Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan daripada lemas dan diberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!