Ini skandal terbesar - Razali

Razali
Razali
A
A
A

SHAH ALAM - Isu ketidakteraturan pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) jelas merupakan skandal terbesar yang berlaku dalam negara ketika ini dan ia boleh dikatakan sama seperti kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, kenyataan jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menafikan perkara tersebut memperlihatkan dirinya kurang bijak dalam membezakan yang mana satu skandal atau sebaliknya.

“Rakyat nak tahu mengapa kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur sedangkan ia bukan matlamat penubuhan agensi berkenaan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Fahmi yang menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu terbabit sebagai skandal seperti 1MDB selain meminta orang ramai memberikan ruang kepada Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menjelaskan perkara berkenaan di Dewan Rakyat.

Razali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal menegaskan, isu sebegitu wajar diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut dan tidak perlu tergesa-gesa membahaskannya dalam sidang Parlimen terdekat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!