Salah urus pelaburan rugikan negara

LAKN yang diterbitkan pada Khamis mendedahkan kepincangan projek dan syarikat kerajaan. Foto hiasan (Gambar kecil: Mohd Faisol)
LAKN yang diterbitkan pada Khamis mendedahkan kepincangan projek dan syarikat kerajaan. Foto hiasan (Gambar kecil: Mohd Faisol)
A
A
A

PUTRAJAYA - Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 yang memaparkan salah urus pelaburan, geran, hutang agensi kerajaan merupakan suatu perkara yang merugikan negara dan tidak sepatutnya berlaku.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, ini kerana pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan agenda negara merupakan golongan terpilih dan berkelayakan.

Menurutnya, setiap projek dan pelaburan yang diluluskan itu semuanya melibatkan wang rakyat yang dikutip daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Justeru ujarnya, salah urus pelaburan, hutang dan pelaburan luar negara yang tertangguh adalah tidak wajar berlaku.

“Sekiranya ia dilaksanakan atas dasar penuh beramanah, berintegriti, dan perasaan cintakan negara, perkara sebegini pasti dapat dielakkan,” katanya pada Jumaat.

Tambahnya, bagi mengelakkan perkara tersebut berulang, reformasi perlu dilakukan terhadap mana-mana jawatankuasa projek yang mempunyai lantikan politik.

“Ia perlu dihentikan serta-merta selain hanya mereka berkelayakan, mempunyai reputasi cemerlang dan diperakui oleh industri sahaja dibenarkan dilantik,” jelasnya.

Mohd Faisol berkata, pemantauan secara berkala dengan lebih kerap perlu dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

“Suatu bentuk hukuman tanpa memilih pangkat dan darjat juga perlu diberikan kepada individu yang secara sengaja menyalahgunakan kuasa sehingga wujudnya ketirisan dan kerugian bagi sesuatu projek

“Projek yang tidak berdaya maju sepatutnya dikeluarkan daripada senarai mendapat dana kerajaan,” katanya.

LAKN yang diterbitkan pada Khamis mendedahkan kepincangan projek dan syarikat kerajaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!