PM Perancis serah peletakan jawatan hari ini

Gabriel Attal Foto AFP
Gabriel Attal Foto AFP
A
A
A

PARIS - Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.

Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.

"Saya tahu bahawa berdasarkan keputusan malam ini, ramai orang Perancis merasakan satu bentuk ketidakpastian tentang masa depan, kerana tiada majoriti mutlak terhasil

"Negara kita sedang mengalami situasi politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan sedang bersedia untuk mengalu-alukan dunia (untuk sukan Olimpik) dalam beberapa minggu.

"Dengan itu, saya sudah tentu akan melakukan tugas saya selagi diperlukan," katanya.

Komen itu dibuat selepas gabungan sayap kiri New Popular Front (NFP) Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan pengundian kedua pilihan raya Parlimen.

Ini sekali gus meletakkan mereka di landasan untuk kemenangan yang tidak dijangka ke atas Parti National Rally (RN) meskipun kekurangan majoriti mutlak di Parlimen.

Keputusan itu akan menandakan kejatuhan paling besar untuk parti paling kanan itu, yang mana tinjauan pendapat sebelum ini mendedahkan mereka akan menang dengan selesa.

Bagaimanapun kerjasama yang terjalin antara pakatan berhaluan kiri dan tengah menarik ramai calon daripada perlumbaan tiga penjuru untuk membina undi bersatu anti-RN.

Artikel Berkaitan:

RN ditetapkan untuk menduduki tempat ketiga, menurut unjuran peninjau berdasarkan keputusan awal, mengekori penyokong Macron.

Pilihan raya itu akan menyebabkan Parlimen terbahagi kepada tiga kumpulan besar dengan platform yang sangat berbeza dan langsung tiada tradisi untuk bekerjasama.

Pengundian itu juga memalukan Macron, yang mengisytigarkan pilihan raya awal selepas tewas dalam pilihan raya Parlimen Eropah bulan lalu. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!