Tak sempat jual hampir 200 kura-kura 'rare'

Enam individu ditahan semasa OBK di Ampang, 2 Julai lalu. Gambar kanan: Antara spesies kura-kura yang dirampas dan enam individu yang ditahan menerusi OBK di sebuah premis di Ampang, 2 Julai lalu.
Enam individu ditahan semasa OBK di Ampang, 2 Julai lalu. Gambar kanan: Antara spesies kura-kura yang dirampas dan enam individu yang ditahan menerusi OBK di sebuah premis di Ampang, 2 Julai lalu.
A
A
A

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Sindiket menjual spesies kura-kura dilindungi yang diseludup masuk dari luar negara ditumpaskan dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Tasek Permai, di sini, baru-baru ini.

Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan sepasukan Unit Jenayah Hidupan Liar (WCU) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia itu bertindak menahan enam individu termasuk seorang wanita.

Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serbuan hasil maklumat dan risikan itu dijalankan kira-kira jam 7.30 malam, 2 Julai lalu.

Abdul Kadir
Abdul Kadir

Katanya, enam individu yang ditahan terdiri daripada empat warga Kemboja dan dua tempatan.

"Pemeriksaan di dalam premis terbabit menemui hampir 200 ekor kura-kura disyaki spesies Chinese Stripe Necked Turtle, Black Pond Turtles, Snapping Turtle, Sulcata Tortoise, Leopard Tortoise, Red Footed Tortoise dan Kura-Kura Katup.

Keadaan sebuah premis di Ampang yang menempatkan pelbagai spesies kura-kura dan beberapa hidupan liar lain.
Keadaan sebuah premis di Ampang yang menempatkan pelbagai spesies kura-kura dan beberapa hidupan liar lain.

"Selain itu, pasukan operasi turut merampas tiga ekor ular, seekor mengkarung, empat labi-labi serta lima ekor katak," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, nilai rampasan dianggar berjumlah RM246,394 dan soal siasat suspek gagal mengemukakan lesen atau permit daripada Jabatan Perhilitan yang membolehkan menyimpan hidupan liar dilindungi itu.

Tambah Abdul Kadir, beberapa barang seperti tiga telefon bimbit, Ipad, buku resit, 10 unit CCTV (kamera liter tertutup), empat set komputer serta dua peti sejuk telah dirampas untuk tindakan lanjut.

"Siasatan awal mendapati kura-kura itu diseludup masuk dari luar negara untuk pasaran gelap tempatan dan kita tidak tolak kemungkinan aktiviti jualan ini berlaku secara dalam talian atau juga pembeli tetap.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti rangkaian ahli serta pembeli terlibat," ujarnya.

Tindakan diambil mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!