Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun

Gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi. Gambar hiasan
Gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan pusat gempa itu terletak 26.9 darjah utara dan 138.8 darjah timur iaitu 871 kilometer selatan dari Hamamatsu, Jepun, dengan kedalaman 567 kilometer (km).

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!