10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas di Uruguay
MONTEVIDEO - Kebakaran di sebuah rumah jagaan warga emas di Treinta y Tres, Uruguay pada awal pagi Ahad mengorbankan 10 orang, menurut Jabatan Bomba Nasional, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan rasmi, mangsa terdiri daripada lapan wanita dan dua lelaki.
Insiden itu berlaku pada 6 pagi waktu tempatan (0900 GMT) di kompleks kediaman "Adulto Mayor" di pusat bandar.
Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran
Anggota bomba dan pakar Jabatan Penyiasatan Bencana Montevideo telah dihantar untuk membantu dan menyiasat punca kebakaran. - Bernama-Xinhua
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!