Exco cadang asing pengunjung lelaki, wanita di La Hot Spring

Razali (dua dari kiri) ketika melakukan lawatan di La Hot Spring di Jertih, Besut
Razali (dua dari kiri) ketika melakukan lawatan di La Hot Spring di Jertih, Besut
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kolam air panas semula jadi La Hot Spring di Jertih, Besut perlu kepada pengasingan antara pengunjung lelaki dan wanita bagi memastikan kesemua mereka dapat menikmati fasiliti yang disediakan dengan selesa.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris berkata, hasrat untuk pengasingan antara kedua-dua gender itu kini masih di peringkat cadangan sebelum ia dibincangkan di peringkat kerajaan negeri.

"Baru-baru ini saya berkesempatan mengunjungi kolam air panas ini dan bermalam di situ. Apa yang saya lihat ialah keadaan di mana pengunjung kelihatan malu-malu untuk mandi-manda kerana keadaan mereka di situ bercampur antara lelaki dan perempuan.

"Ini kerana tiada ruangan khusus untuk lelaki dan wanita disediakan di kawasan itu. Jadi saya terfikir untuk mewujudkan pengasingan antara lelaki dan wanita serta melontarkan hasrat itu di media sosial saya pada Sabtu lalu," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut Razali, setakat ini beliau menerima pelbagai pandangan berhubung cadangan pengasingan antara pengunjung lelaki dan wanita itu termasuk dalam kalangan arkitek.

"Saya ada membuat senarai beberapa cadangan bernas yang diterima daripada pelayar Facebook saya. Jadi saya fikir akan bawa cadangan itu ke dalam mesyuarat nanti.

"Apa yang kita mahukan ialah kaedah yang dapat dilaksanakan dengan kos yang rendah namun pada masa sama tidak mengganggu aliran semula jadi air panas yang mengalir dari perut bumi itu," katanya.

Kolam Air Panas yang berada di Kampung La atau lebih dikenali sebagai La Hot Spring terletak kira-kira 125 kilometer (km) dari Kuala Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Ia merupakan antara destinasi wajib singgah dan merupakan merupakan kawasan riadah yang digemari penduduk tempatan serta yang berada berdekatan seperti di Kelantan.

Difahamkan, kolam tersebut temui oleh Penghulu Ibrahim Mat sejak zaman pemerintahan Inggeris suatu masa dahulu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!