Sumbang produk kebersihan berjumlah RM1 juta untuk komuniti terpinggir

Wakil Tohtonku menyerahkan sumbangan produk penjagaan kebersihan kepada penduduk di Pangsapuri Keramat Perai dalam siri program sumbangan kepada golongan terpinggir.
Wakil Tohtonku menyerahkan sumbangan produk penjagaan kebersihan kepada penduduk di Pangsapuri Keramat Perai dalam siri program sumbangan kepada golongan terpinggir.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Komuniti B40 dan golongan terpinggir di Lembah Klang kini berpeluang mendapatkan produk “Follow Me” percuma daripada pengeluar barangan penjagaan diri tempatan, Tohtonku, sempena sambutan ulang tahun ke-60 syarikat tersebut pada bulan Julai ini.

Sumbangan berjumlah RM1 juta yang terdiri daripada produk asas penjagaan dan kebersihan diri, kini giat diagihkan sejajar dengan usaha Tohtonku untuk menyumbang semula kepada komuniti setempat atas sokongan berterusan yang telah diterima syarikat itu sejak penubuhannya pada 1964.

Menurut Pengarah Eksekutif Tohtonku, Jasper Lim, berdasarkan kenyataan dikeluarkan WHO, penyakit lebih mudah melanda dan menjejaskan golongan rentan dan kurang bernasib baik, kerana kekangan yang mereka hadapi untuk mengakses penyelesaian kebersihan.

“Selain itu, peningkatan kes Covid pada awal Mei lalu menggariskan keperluan untuk kita terus kekal berwaspada.

“Oleh sebab itu, Tohtonku berharap untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan kebersihan dan mengedarkan produk yang boleh digunakan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mengekalkan tahap kebersihan yang optimum,” tambah beliau.

JASPER LIM
JASPER LIM



Syarikat itu akan mengagihkan produk Follow Me yang terdiri daripada berus gigi, cecair pembasmi kuman, pelembap, pencuci, mandian badan dan syampu, kepada kira-kira 13,000 individu daripada kumpulan yang memerlukan di sekitar Lembah Klang. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada komuniti B40 termasuk orang asli, orang kurang upaya dan anak-anak yatim.

Produk-produk ini akan diedarkan ke PPR terpilih dan organisasi bukan Kerajaan seperti Doctors without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) dan Yayasan SOL.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu pada bulan Jun, syarikat itu telah mengedarkan kumpulan pertama produk kebersihan kepada penduduk PPR Taman Wahyu 2, PPR Seri Semarak, dan Yayasan SOL, yang mana telah membantu seramai 6,300 individu.

Kumpulan produk seterusnya akan diedarkan untuk komuniti B40 di kawasan Sungai Besi, Keramat Permai dan Bandar Kinrara.

Di samping itu, Tohtonku bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan amal seperti Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Community at Heart, Rumah Raudhatul al-Feez dan Pertubuhan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Home of Peace bagi memudahkan pengagihan produk untuk komuniti yang memerlukan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!