[VIDEO] Polis cekup lima suspek pecah rumah di Kota Tinggi

A
A
A

KOTA TINGGI - Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes curi kabel dan pecah rumah di sekitar daerah ini hasil serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, dalam serbuan sekitar jam 7 malam itu, polis turut merampas beberapa barang kes yang disyaki hasil daripada kegiatan mencuri kesemua individu berusia 30 hingga 40 tahun itu.

Hussin berkata, kumpulan tersebut bergiat aktif sejak lebih enam bulan lalu dengan menyasarkan kawasan perumahan bagi mencuri kabel untuk dijual dan hasil yang didapati kemudiannya digunakan bagi membeli dadah.

“Kesemua suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau seperti penyalahgunaan dadah selain turut dikesan positif dadah jenis methamphetamine dalam ujian saringan air kencing yang dilakukan.

“Salah seorang suspek juga didapati mempunyai tatu pada lengan dan dipercayai merupakan ahli atau pun ketua bagi salah satu kumpulan kongsi gelap.

“Kesemua suspek yang direman empat hari bermula Jumaat dibenarkan disambung reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Hussin menunjukkan sebahagian barangan yang dicuri oleh suspek.
Hussin menunjukkan sebahagian barangan yang dicuri oleh suspek.

Tambah Hussin, hasil serbuan dan tangkapan yang dibuat, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah dan curi kabel di sekitar Kota Tinggi, termasuklah ‘wanted’ (orang dikehendaki), kes narkotik di daerah Seri Alam.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bagaimanapun dalam kejadian pecah rumah tersebut, mangsa tidak besemuka dengan suspek kerana berkemungkinan jenayah berkenaan dilakukan ketika mangsa tidur, tidak ada di rumah atau kesemua barangan seperti alat potong di simpan di stor, bangsal atau tempat lain lain dan bukannya di dalam rumah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan juga di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!