Pelakon disiasat tumbuk teman wanita

Seorang pelakon disiasat dipercayai menumbuk teman wanitanya di Ara Damansara, di sini pada Ahad.
Seorang pelakon disiasat dipercayai menumbuk teman wanitanya di Ara Damansara, di sini pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pelakon disiasat dipercayai menumbuk teman wanitanya di Ara Damansara, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan kejadian itu dibuat mangsa pada jam 6 petang di Balai Polis Sea Park.

Katanya, dalam kejadian itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

"Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

Tambahnya, tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

"Siasatan masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!