Juruteknik rugi lebih RM160,000 diperdaya kenalan Facebook

Seorang juruteknik kerugian RM167,147.75 selepas mendakwa dirinya diperdayakan kenalan daripada Facebook yang menawarkan skim pelaburan perniagaan dalam talian dengan keuntungan 20 peratus daripada modal dilaburkan. Foto hiasan

A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang juruteknik kerugian RM167,147.75 selepas mendakwa dirinya diperdayakan kenalan daripada Facebook yang menawarkan skim pelaburan perniagaan dalam talian dengan keuntungan 20 peratus daripada modal dilaburkan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 36 tahun itu memaklumkan dia hanya perlu mendaftar melalui pautan yang diberikan dan mengambil tempahan daripada pelanggan, sebelum membuat pembayaran dengan mendahulukan wang miliknya.

"Mangsa yang tertarik dengan kaedah yang mudah serta pulangan lumayan telah melakukan 21 transaksi bayaran secara dalam talian ke 14 akaun bank berbeza berjumlah RM167,147.75, pada 29 April hingga 23 Jun lepas.

"Pembayaran terbabit adalah bagi tempahan barangan yang mangsa kumpulkan daripada pelanggan secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, bagaimanapun keuntungan itu tidak dapat dikeluarkan lalu membuatkan mangsa sedar bahawa telah ditipu dan membuat laporan polis semalam.

Mohd Sohaimi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!