Kastam cadang buka pejabat di Gua Musang

Wan Jamal Abdul Salam (tengah) meneliti cadangan pembukaan pejabat penguat kuasa di Gua Musang.
Wan Jamal Abdul Salam (tengah) meneliti cadangan pembukaan pejabat penguat kuasa di Gua Musang.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan bercadang untuk membuka pejabat penguatkuasaan di Gua Musang dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, kertas kerja berkaitan cadangan itu sedang dalam proses untuk disiapkan sebelum dihantar ke Putrajaya dalam tempoh terdekat.

“Sejak akhir-akhir ini berlaku banyak aktiviti penyeludupan di Gua Musang, misalnya 17 kes direkodkan dalam tempoh seminggu sedangkan lokasi itu jauh dan mengambil masa tiga jam perjalanan dari Kota Bharu.

“Ada ketikanya operasi kami di Gua Musang gagal disebabkan perjalanan yang lama dan sebab itu kami bercadang membuka pejabat penguat kuasa di Gua Musang,” katanya pada sidang akhbar pada Isnin.

Wan Jamal Abdul Salam (tengah) ketika sidang akhbar di Kota Bharu pada Isnin.
Wan Jamal Abdul Salam (tengah) ketika sidang akhbar di Kota Bharu pada Isnin.

Beliau menjangkakan pejabat berkenaan dapat dibuka tahun ini dengan menempatkan 14 pegawai dan anggota.

“Lokasi pejabat sudah dikenal pasti di bandar Gua Musang.

“Sekiranya diluluskan, 14 daripada 100 pegawai dan anggota sedia ada akan ditugaskan di pejabat itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!