Ketua Lajnah Rawatan Darussyifa' meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Lajnah Rawatan, Pusat Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa') Malaysia, Ab Rashid Ahmad dilaporkan meninggal dunia jam 12.45 pagi pada Isnin.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Darussyifa’ dan jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Cheras.

“Darussyifa' Malaysia merakamkan ucapan takziah buat keluarga Ayahanda Ustaz Ab Rashid yang telah pulang ke rahmatullah pada 8 Julai 2024 bersamaan 2 Muharam 1446H jam 12.45pagi.

“Jenazah selesai disolatkan pada jam 11 pagi di Masjid Kariah Batu 10 Cheras dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Cheras @ Tanah Perkuburan Cheras Perdana.

Jenazah selesai disolatkan pada jam 11 pagi di Masjid Kariah Batu 10 Cheras dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Cheras @ Tanah Perkuburan Cheras Perdana.
Jenazah selesai disolatkan pada jam 11 pagi di Masjid Kariah Batu 10 Cheras dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Cheras @ Tanah Perkuburan Cheras Perdana.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak dan agensi yang terlibat secara langsung serta tidak langsung. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga ALLAH ampuni dan kurnia syurga baginya,” katanya pada Isnin.

Dalam pada itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan, kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham adalah ketika berada di majlis anjuran Darussyifa’.

Ujarnya, arwah merupakan individu yang mempunyai pengalaman meluas dalam perubatan Islam.

Artikel Berkaitan:

“Darussyifa Malaysia Rasmi kehilangan antara tokoh yang amat hampir dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

“Kali terakhir bertemu dengannya saya berjanji untuk menziarahi Allahyarham bagi berbincang tentang beberapa isu fiqh berkaitan hukum gantung sampai mati kepada banduan,” katanya.

Difahamkan, arwah merupakan orang paling kanan dan kepada arwah Ustaz Dr Haron Din.

Beliau terkenal dengan nama Ustaz Rashid Penjara kerana lama mengajar dan memberi bimbingan agama serta akhlak kepada banduan di penjara dan merupakan orang kanan rujukan ahli Darussyifa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!