Maritim tahan bot nelayan asing bernilai RM3 juta

Khairulanuar (tengah) memeriksa seramai 20 orang kru serta tekong yang ditahan
Khairulanuar (tengah) memeriksa seramai 20 orang kru serta tekong yang ditahan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu telah menahan dua bot nelayan asing Vietnam dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM3 juta pada Khamis lepas.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd Majid berkata, operasi itu turut menahan seramai 20 orang kru serta tekong pada jam 3.30 petang di kedudukan 95.01 batu nautika tenggara muara Terengganu.

"Kedua-dua vesel tersebut telah ditahan oleh kapal peronda Maritim Malaysia ketika menangkap ikan di perairan Malaysia.

"Mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan melakukan aktiviti perikanan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Jeti Maritim Terengganu di sini pada Isnin.

Khairulanuar (tengah) menujukkan bot yang dirampas.
Khairulanuar (tengah) menujukkan bot yang dirampas.

Mengulas lanjut, Khairulanuar menyatakan kesemua kru bot nelayan asing tersebut telah disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Dalam pada itu, Khairulanuar menyatakan berdasarkan rekod, sebanyak 15 kes tangkapan vesel nelayan asing Vietnam pada tahun ini.

Menurutnya, ini termasuk kes terbaharu pada Kali ini dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM16.5 juta serta 123 orang kru termasuk tekong telah ditahan.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan terus memperkasakan kesiapsiagaan aset bagi memastikan perairan negara terutama di Terengganu terus terjaga daripada pencerobohon vesel nelayan asing," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!