Imigresen serbu rumah kedai, restoran

Sebahagian warga asing yang ditahan dalam operasi dijalankan oleh JIM Johor di sekitar Johor Bahru, Batu Pahat dan Mersing.
Sebahagian warga asing yang ditahan dalam operasi dijalankan oleh JIM Johor di sekitar Johor Bahru, Batu Pahat dan Mersing.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 87 orang warga asing ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor di sekitar Johor Bahru, Batu Pahat dan Mersing, pada minggu lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun yang merupakan pemilik sebuah restoran di Batu Pahat turut ditahan dalam operasi selama tiga hari bermula 1 Julai itu.

Katanya, seramai 183 warga asing dan tempatan diperiksa ketika operasi dilakukan di kawasan rumah kedai dan restoran.

Antara warga asing yang ditahan ketika operasi JIM Johor di sekitar Johor Bahru, Batu Pahat dan Mersing.
Antara warga asing yang ditahan ketika operasi JIM Johor di sekitar Johor Bahru, Batu Pahat dan Mersing.

"Daripada jumlah itu seramai 87 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Mereka terdiri daripada 41 warga Myamnar, Indonesia (32), Thailand (3), Pakistan (3), Bangladesh (2), India (2) dan Sri Lanka (3). Kesemua mereka berusia 19 hingga 54 tahun.

"Mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan, Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen iaitu salahguna Pas Lawatan Sosial Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

"Selain itu, mereka turut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana singgal lebih masa. Manakala lelaki warganegara Malaysia tersebut ditahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana melindungi PATI," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

JIM Johor akan terus mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan bagu membanteras isu kebanjiran PATI.
JIM Johor akan terus mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan bagu membanteras isu kebanjiran PATI.

Jelasnya, JIM Johor akan terus mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan bagu membanteras isu kebanjiran PATI.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap PATI serta majikan dan pemilik premis yang masih menggaji pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan pas atau permit yang sah.

"JIM Johor turut menyeru kepada PATI yang layak untuk menyertai Program Repatriasi Migran yang akan tamat pada 31 Disember 2024 bagi tujuan PATI pulang ke negara asal secara sukarela," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!