UMNO Bentong mahukan kerusi DUN Ketari

Mohamad Zaini ketika berucap dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Bentong pada Isnin.
Mohamad Zaini ketika berucap dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Bentong pada Isnin.
A
A
A

BENTONG - UMNO Bahagian Bentong meminta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari diberikan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pemangku Ketua UMNO bahagian tersebut, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, setakat ini kerusi DUN itu disandang oleh DAP menerusi Thomas Su Keong Siong.

Menurutnya, tuntutan tersebut disifatkan wajar memandangkan kawasan tersebut mempunyai majoriti Melayu dan calon BN ketika itu, Datuk Amizar Abu Adam tewas tipis pada PRU15.

"Kita akan buat tuntutan secara rasmi agar DUN Ketari diberikan kepada UMNO untuk pilihan raya umum akan datang. Ini kerana kita ada justifikasi pada PRU15, kita UMNO bertanding dan kita hanya kalah 120 undi.

"Kita akan memohon pertimbangan pihak parti khususnya pimpinan BN pusat dan negeri agar memutuskan kerusi Ketari (diberikan) kepada UMNO," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong di sini pada Isnin.

Pada PRU15 lalu, Keong Siong memenangi kerusi DUN tersebut dengan meraih 9,722 undi meninggalkan pencabarnya dari BN, Amizar dan calon Perikatan Nasional (PN), Willian Tan dengan majoriti 120 undi.

Mohamad Zaini berkata, parti itu memiliki beberapa calon berwibawa yang boleh diletakkan di DUN berkenaan pada PRU akan datang.

"Calon tersebut amat mesra dan dikenali penduduk setempat serta merupakan anak Ketari," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, UMNO Bentong telah melakukan gerak kerja berterusan dalam mendekati pengundi dan masyarakat selain turut melancarkan Tentera Alam Maya UMNO (TAMU) dalam berhadapan cabaran semasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!