UPM barakan pelapis hoki 5's

XBJ LM Raptors juara kategori lelaki.
XBJ LM Raptors juara kategori lelaki.
A
A
A

KEJOHANAN Hoki Terbuka Universiti Putra Malaysia (UPM)-XBJ HC Lima Sebelah (5s) Bawah 12 tahun (B-12) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil ternyata berada dalam kelas tersendiri.

Menurut pengerusi jawatankuasa penganjur Nabil Fiqri Mohd Nor, kejuaraan kesinambungan usaha meningkatkan pelapis hoki 5s negara berikutan pencapaian skuad lelaki di Piala Dunia 5s di Muscat Oman pada 5 Februari lalu.

Tambah menarik kata Nabil Fiqri, kejuaraan juga pentas pendedahan kepada pemain muda apabila mengunakan format Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

"Ini merupakan kejohonan bawah umur pertama dianjurkan mengunakan sistem FIH bagi meningkatkan lagi intensiti pemburuan kejuaraan.

"Jumlah pasukan yang menyertai kejuaraan kali ini adalah 40 pasukan bagi kategori lelaki manakala 25 pasukan bagi kategori wanita.

"Kejuaraan juga secara tidak langsung meningkatkan lagi sistem pembekalan pemain pelapis 5s untuk saingan tempatan dan negara pada masa depan," katanya.

FHT Bombastic ungguli kategori wanita
FHT Bombastic ungguli kategori wanita

Sebagai rekod, Piala Dunia 5s, skuad lelaki negara kendalian Wallace Tan tewas 2-5 kepada Belanda di Stadium Hoki Oman.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada, itu, kejuaraan anjuran penuntut Kursus Kokurikulum Bekredit Kumpulan 1 & 2 sukan QKS 2106 (hoki) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.

Juara kategori lelaki membawa pulang RM1, 200, naib juara RM800 diikuti ketiga RM500.

Kategori wanita pula menyaksikan juara menerima RM700, naib johan RM500 dan ketiga RM300.

KEPUTUSAN

Kategori Lelaki

Juara

XBJ LM Raptors

Naib juara

KHT Thunderbolts

Ketiga

Best 4

Kategori Wanita

Juara

FHT Bombastic

Naib juara

Coolim Jr Girls

Ketiga

Aquata Girls

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!