4 tentera darat India maut dalam serang hendap di Kashmir

Pasukan tambahan dihantar ke kawasan terlibat dan operasi mencari pejuang berkenaan sedang dijalankan. Foto ANI
Pasukan tambahan dihantar ke kawasan terlibat dan operasi mencari pejuang berkenaan sedang dijalankan. Foto ANI
A
A
A

NEW DELHI - Empat anggota tentera darat India terbunuh dan enam cedera apabila kenderaan dinaiki mereka diserang oleh pejuang di Daerah Kathua, Jammu dan Kashmir pada Isnin.

Para pejuang melontar bom tangan dan melepaskan tembakan ke arah askar yang sedang meronda sekitar jam 3.30 petang berhampiran Kampung Badnota, 120 kilometer dari Bandar Kathua, menurut laporan media India yang memetik kenyataan pegawai polis dan pertahanan.

Pasukan tambahan dihantar ke kawasan terlibat dan operasi mencari pejuang berkenaan sedang dijalankan, menurut laporan itu.

Serangan ini berlaku selepas enam pejuang dan dua anggota tentera terbunuh dalam pertempuran hujung minggu lepas di Wilayah Kulgam, Kashmir. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!