Makanan viral menanti pengunjung karnival

Dua tempat makan disediakan di Karnival Rakyat Karangkraf iaitu di SinarPlus Makan Fest dan khemah marquee khas untuk keselesaan para pengunjung menjamu selera. Gambar kecil: Khairil Fithry
Dua tempat makan disediakan di Karnival Rakyat Karangkraf iaitu di SinarPlus Makan Fest dan khemah marquee khas untuk keselesaan para pengunjung menjamu selera. Gambar kecil: Khairil Fithry
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 30 gerai jualan makanan menanti pengunjung Karnival Rakyat Karangkraf yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Julai di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Pengurus acara, Khairil Fithry Mustapha berkata, pemilihan vendor adalah mengikut tema program iaitu jualan juadah ‘viral’ yang mempunyai permintaan tinggi dan pelbagai makanan tempatan.

“Kita memang buka banyak gerai jualan termasuklah kendera saji dan vendor yang menjual durian. Jadi, pengunjung tidak perlu keluar daripada kawasan program untuk membeli makanan serta minuman.

“Pengunjung juga tak usah bimbang mengenai tempat makan kerana kita turut sediakan dua tempat iaitu di SinarPlus Makan Fest dan khemah marquee khas untuk pengunjung menjamu selera sahaja,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Karnival Rakyat Karangkraf membawakan lebih 60 pertandingan dan aktiviti tradisional menarik yang boleh disertai oleh masyarakat pelbagai lapisan umur tidak kira sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

Tujuan utama penganjuran karnival ini adalah untuk meraikan keunikan warisan budaya Malaysia dan memberikan penghormatan kepada pembaca Sinar Harian yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, agama dan keturunan.

Dalam pada itu, Khairil Fithry memaklumkan, antara keistimewaan yang dibawa pada karnival tersebut adalah penganjuran Hari Kantin membabitkan pelajar dari 10 sekolah.

Tambahnya, taklimat vendor bakal diadakan pada 22 Julai iaitu penerangan menyeluruh berkaitan program.

Artikel Berkaitan:

“Perjalanan trafik ketika karnival itu berlangsung juga sudah ditambah baik dengan melantik lebih ramai anggota Rela untuk menjaga serta melancarkan laluan masuk dan keluar,” kata beliau lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!