Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah sehingga 7 malam ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan terbabit di Sarawak ialah Sarikei, Sibu, Bintulu dan Limbang.

Bagi Sabah, kawasan berkenaan ialah Sipitang, Tenom dan Beaufort. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!