Kumpulan baju hitam bersih longkang tersumbat tepi jalan

Kumpulan pemuda berbaju hitam bergotong-royong membersihkan longkang yang tersumbat di tepi jalan berhadapan sebuah pusat membeli-belah.
Kumpulan pemuda berbaju hitam bergotong-royong membersihkan longkang yang tersumbat di tepi jalan berhadapan sebuah pusat membeli-belah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sekumpulan lelaki berbaju hitam dilihat membersihkan longkang tersumbat dipenuhi semak samun di tepi jalan besar berhadapan sebuah pusat membeli-belah di sini mendapat pujian netizen.

Dalam video berdurasi 1 minit 17 saat yang pertama kali dimuat naik di akaun Facebook Besihitam Studio yang tular sejak Isnin memperlihatkan kumpulan berkenaan secara sukarela membersihkan longkang yang menjadi punca air bertakung di atas jalan setiap kali hujan.

“Hari ini aku dan kumpulan aku nak cuba betulkan longkang ini, kalau anda tak mahu buat kerja kami sampai.

“Dekat bandar pun masih ada longkang yang teruk macam tu ke?,” katanya.

Kumpulan itu menggunakan peralatan yang dibawa seperti penyodok besi untuk membersihkan rumput di dalam longkang menjadi punca aliran air tersumbat.

Pada akhir video, mereka mengumpulkan sisa, selut,rumput dan sampah yang dikaut ke dalam dalam beg plastik untuk dibuang ke lokasi lain.

“Ini depan pusat membeli-belah, pihak-pihak bertanggungjawab jalankan kerja, tanggungjawab anda dengan betul. Kami dengan ini merasmikan air longkang mengalir dengan betul mengikut jadual,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, orang ramai tidak putus-putus mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan sifat tanggungjawab yang ditunjukkan.

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih anak muda, semoga dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan selamat dunia dan akhirat,” doa Ferey Indera.

Roha Adrinna pula menyifatkan usaha murni berkenaan perlu dicontohi dan menjadi ikutan anak muda.

“Kalau ramai anak muda macam ni harmoni Malaysia, ikhlaskan buat sesuatu kerana ALLAH,” ujarnya,

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline Sekumpulan lelaki berbaju hitam dilihat membersihkan longkang tersumbat dipenuhi semak samun di tepi jalan besar berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Johor Bahru mendapat pujian netizen. Video berdurasi 1 minit 17 saat dimuat naik di TikTok AMYIKA CEO L tular sejak Isnin memperlihatkan kumpulan berkenaan secara sukarela membersihkan longkang yang menjadi punca air bertakung di atas jalan setiap kali hujan. #SinarHarian #SinarTerkini#VideoViral original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!