Pesalah boleh dihukum ikut Seksyen 305, 306

Muka depan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Mohamed Haniff Khatri
Muka depan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Mohamed Haniff Khatri
A
A
A

SHAH ALAM - Individu yang didapati bersubahat atau menyebabkan tekanan kepada seseorang hingga membunuh diri boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 305 dan 306 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, akta tersebut turut diguna pakai melibatkan kesalahan yang dilakukan melalui mana-mana platform termasuk media sosial.

"Mangsa boleh buat laporan di balai berdekatan dan membawa bukti-bukti berkaitan untuk tujuan siasatan.

“Sama ada kenyataan itu dibuat menerusi media sosial atau secara berdepan, tindakan boleh diambil di bawah bawah Seksyen 306,” katanya.

No Image Caption

Menurut Haniff Khatri, Seksyen 305 melibatkan perbuatan mendorong kanak-kanak, orang tidak waras atau tidak upaya membunuh diri di mana sesiapa yang bersubahat boleh dikenakan hukuman hingga 20 tahun penjara atau denda.

“Seksyen 306 pula adalah untuk orang biasa di mana jika didorong membunuh diri, boleh dituduh bersubahat menyebabkan seseorang itu bunuh diri.

“Kesalahan itu boleh membawa kepada hukuman maksimum penjara 10 tahun,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!