Pukul teman wanita: Polis akan panggil pelakon

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan membuat permohonan perintah untuk penyiasatan (OTI) kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi merakam percakapan pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya dalam kejadian di Petaling Jaya, dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah dengan TPR untuk memanggil suspek bagi dirakam percakapan.

"Ya, kita dapatkan dahulu perintah untuk menyiasat daripada TPR.

"Kita akan panggil pelakon tersebut setelah dapat kebenaran menyiasat tersebut,” katanya pada Selasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang wanita dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, di sini, pada awal pagi Ahad.

Shahrulnizam dilaporkan berkata, kejadian jam 3 pagi itu dipercayai berlaku apabila mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

"Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi," katanya.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, Shahrulnizam berkata, mangsa dipercayai masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, teman lelaki mangsa secara tiba-tiba memarahinya dan bertindak menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!