Enam khemah musnah, Uptown Banting terbakar

Enam khemah musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Suasa, Kawasan Perusahaan Uptown Banting, Selangor pada Selasa. Foto JBPM
Enam khemah musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Suasa, Kawasan Perusahaan Uptown Banting, Selangor pada Selasa. Foto JBPM
A
A
A

BANTING - Enam buah khemah milik penjaja di Uptown Banting di sini musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai jam 10.30 pagi.

Beliau berkata, kebakaran itu berlaku di Jalan Suasa Kawasan Perusahaan Uptown Banting, di sini.

"Kebakaran melibatkan enam buah khemah yang berkeluasan 12.1x18.2 meter persegi.

"Selain itu, seorang mangsa lelaki tempatan berusia anggaran 45 tahun mengalami sesak nafas," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Selasa.

Keadaan di lokasi kejadian selepas api berjaya dipadamkan. Foto JBPM
Keadaan di lokasi kejadian selepas api berjaya dipadamkan. Foto JBPM

Gambar dan rakaman video mengenai kejadian kebakaran tersebut turut dikongsi pengguna di media sosial.

Menurut seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Aminah Abdullah, tiada kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang dipercayai peniaga di kawasan tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menghubungi pihak bomba.

"Terima kasih bomba, bertindak pantas dapat kawal api dari merebak besar. Alhamdulillah

"Terima kasih yang call, yang WhatsApp, yang bertanya khabar, yang risau keadaan saya dan peniaga Uptown yang lain. Terima kasih. Tiada kehilangan jiwa. Ada beberapa kedai hangus terbakar. Punca kebakaran masih belum tahu," tulisnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!