KPM rangka kurikulum pendidikan guna pendekatan baharu

Kah Woh
Kah Woh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika ini sedang merangka kurikulum pendidikan menggunakan pendekatan baharu yang bakal dilaksanakan pada 2027 nanti.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, langkah itu dibuat bagi menambah baik sistem pendidikan di negara ini.

“Reka bentuk kurikulum baharu ini akan menggabungkan kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berorientasikan kompetensi yang menggalakkan pembelajaran aktif murid.

“Selain itu, kurikulum baharu ini juga turut menyediakan pengalaman pembelajaran dan pentaksiran yang lebih autentik dan bermakna,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (MCA-Tanjung Piai) mengenai kesediaan KPM untuk menilai semula tahap kualiti serta tempoh pendidikan di Malaysia.

Ini kerana katanya, laporan Bank Dunia mendapati pelajar Malaysia menghabiskan purata 12.5 tahun di sekolah tetapi pembelajaran hanya bersamaan dengan 8.9 tahun.

Sementara itu, Kah Woh dalam masa sama memaklumkan, KPM beriltizam untuk terus komited dalam memastikan reformasi pendidikan dan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mencapai aspirasi.

Ujarnya, bagi memperkukuhkan pelan itu, kementeriannya telah melaksanakan reformasi pendidikan dengan menubuhkan enam pasukan petugas khas untuk memastikan keberhasilan yang berkualiti dapat dicapai.

Artikel Berkaitan:

Enam pasukan khas itu terdiri Prasekolah, Intervensi Kurikulum, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan dan latihan Teknikal Vokasional (TVET), Pendidikan Digital dan Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!