Pengusaha Kulit Lembu

No Image Caption
A
A
A
Anak kepada pengusaha kulit lembu membantu mengutip kulit lembu tang siap dijemur sebelum proses membakar ketika ditemui Bernama di kediamannya Kampung Selabak semalam.

Pengusahanya, Zulkifli Akhiar, 60, yang menjual kulit lembu yang telah siap diproses sejak 10 tahun lepas berkata kulit lembu atau belulang merupakan makanan tradisi popular dalam kalangan masyarakat Jawa namun ketika ini ia turut digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau yang pada mulanya hanya menjual kulit lembu itu secara kecil-kecilan kerana tidak mahu ia pupus ditelan dek zaman tidak menyangka menerima permintaan yang tinggi kebanyakannya dari pengusaha kedai makanan sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu dan Kedah.

No Image Caption



Menurutnya bekalan kulit lembu yang diperoleh di sekitar Bagan Datuk serta Sabak Bernam, Selangor dibeli dengan harga antara RM30 hingga RM40 bagi sekeping kulit lembu (sekeping bersamaan dengan seekor lembu). Setiap bulan beliau perlu menghasilkan kira-kira 700 kilogram (kg) kulit lembu yang telah siap diproses untuk memenuhi permintaan pelanggan tetap yang datang membeli. Namun pada bulan Ramadan, beliau menerima tempahan dua kali ganda iaitu 1,400 kg sebulan.

Artikel Berkaitan:


Zulkifli dibantu empat pekerja menjual (kulit lembu yang telah siap diproses) dengan hanya RM13 sekilogram dan mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM7,000 sebulan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia