Kemenangan di Sungai Bakap jadi sandaran PN raih kejayaan di Nenggiri

Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap selepas calonnya Abidin Ismail menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 4,267 undi. (Mohd Yazid)

A
A
A

KUANTAN - Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang menjadi titik permulaan kepada rakyat untuk menyokong parti itu.

Timbalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Mohd Yazid Mohd Yunus berkata, kemenangan itu juga akan menjadi sandaran kepada PN untuk meraih kejayaan pada PRK Nenggiri, Kelantan pada Ogos depan.

"Apa yang berlaku di Sungai Bakap itu adalah tanda atau titik permulaaan kepada rakyat menyokong PN. Kita nampak majoriti kemenangan juga cukup cemerlang.

"Kita yakin di Nenggiri nanti, pengundi juga memberi sokongan dan membolehkan PN terus menang di DUN ini," katanya ketika ditemui di Kampung Pandan pada Selasa.

Mohd Yazid yang juga ADUN Lepar memberitahu, PRK di Nenggiri diadakan kerana ia melibatkan isu ketidaksetian wakil rakyat sebelum ini.

Jelasnya, namun Bersatu dan PN Pahang akan menggerakkan jentera bagi membantu kempen di kawasan itu, sekiranya ada arahan.

"Seperti di Sungai Bakap, kita akan membantu berkempen untuk memenangkan sesiapa sahaja calon yang dipilih pucuk pimpinan," ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Nenggiri pada 17 Ogos depan, penamaan calon pada 3 Ogos manakala undi awal ditetapkan pada 13 Ogos.

Artikel Berkaitan:

DUN Kelantan mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 19 Jun lalu, selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim kehilangan keahlian Bersatu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!