Kemboja larang makan ikan buntal selepas dua orang maut

Racun ikan buntal boleh membawa maut jika dimakan. - Foto Agensi
Racun ikan buntal boleh membawa maut jika dimakan. - Foto Agensi
A
A
A

PHNOM PENH - Kementerian Kesihatan Kemboja menggesa orang ramai tidak memakan ikan buntal selepas dua orang dilaporkan maut.

"Seorang lelaki di wilayah Oddar Meanchey meninggal dunia pada 7 Julai manakala seorang lagi di wilayah Kampong Chhnang pada 8 Julai selepas mereka memakan ikan buntal," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Tambahnya, minggu lalu tujuh orang di Kampong Chhnang turut dimasukkan ke hospital selepas makan ikan buntal, tetapi kesemua mereka berjaya diselamatkan.

"Kementerian ingin mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan makan ikan buntal kerana ia mengandungi racun yang boleh menyebabkan penyakit teruk atau kematian," katanya.

Gejala yang berlaku 20 minit hingga dua jam selepas makan ikan buntal beracun termasuk kebas, kesemutan di sekitar mulut dan anggota badan, sakit kepala, pening, air liur, loya, muntah serta cirit-birit.

Ia boleh merebak menjadi lumpuh, pengsan dan kegagalan pernafasan yang boleh membawa maut. - Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!