'Turn-table' patah punca lori bawa muatan balak terbalik

Seorang penunggang motosikal cedera selepas terkena kayu balik yang jatuh dari lori yang terbalik.
Seorang penunggang motosikal cedera selepas terkena kayu balik yang jatuh dari lori yang terbalik.
A
A
A

GUA MUSANG - 'Turn-table' patah menjadi punca sebuah lori yang membawa muatan balak terbalik lalu mengenai motosikal yang ditunggang seorang wanita dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pada masa sama kayu balak itu turut mengenai sebuah kereta jenis Toyota Vios yang berhenti di persimpangan terbabit semasa lampu isyarat merah.

"Ini adalah maklumat siasatan awal yang diperoleh. Bagaimanapun pemandu treler dan kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Sementara penunggang motosikal cedera dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut," katanya pada Selasa.

'Turn-table' patah menjadi punca sebuah lori yang membawa muatan balak terbalik lalu mengenai motosikal ditunggang seorang wanita di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa.
'Turn-table' patah menjadi punca sebuah lori yang membawa muatan balak terbalik lalu mengenai motosikal ditunggang seorang wanita di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa.

Menurut beliau, semasa kejadian lori yang dipandu lelaki berusia 58 tahun dari arah bandar utama menghala ke Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.

Katanya, setiba di lokasi semasa membelok, 'turn-table' treler tersebut patah menyebabkan ekor kenderaan berat yang membawa balak itu terbalik

Choon Foo memberitahu, ekoran itu kayu balak berkenaan telah tergolek lalu mengenai motosikal yang ditunggang wanita berkenaan serta kereta Toyota Vios di laluan bertentangan.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat.

"Pada masa sama, kita masih menjalankan siasatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 09-9121222 atau ke balai polis berhampiran," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!