Tertarik tawaran 50 peratus untung, suri rumah rugi RM100,000

Hasrat seorang wanita membuat pelaburan dalam satu skim dan mengaut keuntungan besar sehingga 50 peratus seperti dijanjikan tidak kesampaian apabila diperdaya RM100,000. Gambar hiasan (Gambar kecil: Raiz Mukhliz)
Hasrat seorang wanita membuat pelaburan dalam satu skim dan mengaut keuntungan besar sehingga 50 peratus seperti dijanjikan tidak kesampaian apabila diperdaya RM100,000. Gambar hiasan (Gambar kecil: Raiz Mukhliz)
A
A
A

MUAR - Hasrat seorang wanita membuat pelaburan dalam satu skim dan mengaut keuntungan besar sehingga 50 peratus seperti dijanjikan tidak kesampaian apabila diperdaya RM100,000.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa yang merupakan suri rumah berusia 31 tahun membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut pada Isnin.

Beliau berkata, semuanya bermula apabila mangsa melihat iklan dalam Facebook sebuah syarikat dan berminat dengannya.

"Pada 14 Mac lalu mangsa menghubungi suspek untuk mendapatkan penjelasan mengenai pelaburan itu.

"Suspek memperdaya mangsa dengan menjanjikan keuntungan 50 peratus dalam tempoh sebulan sekiranya membuat pelaburan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa bertemu seorang wanita tempatan yang mengaku wakil syarikat tersebut pada 30 April lalu dan memberi penjelasan mengenai pelaburan tersebut sebelum mangsa menandatangani perjanjian dalam talian.

Jelasnya, mangsa membuat sembilan transaksi berjumlah RM100,000 ke dalam satu akaun yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

"Apabila sampai masa mangsa tidak mendapat keuntungan yang dijanjikan dan agen syarikat berkenaan juga lesap tidak dapat dihubungi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semakan yang dibuat selepas itu mendapati akaun Facebook berkenaan sudah tidak wujud.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara minimum satu tahun atau maksimum 10 tahun dengan sebatan atau denda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!