Fastest Goal Challenge meriahkan Riuh Euro di Restoran Hakim

Orang ramai boleh mencuba permainan video EA Sports FC24 dan EA Sports FC Mobile dalam 'Fastest Goal Challenge' sempena Riuh Euro di Restoran Hakim bermula dari malam 14 Julai hingga awal pagi 15 Julai.

A
A
A

SHAH ALAM - Fastest Goal Challenge mengajak penonton dan peminat bola sepak di negara ini menguji kelajuan dalam menjaringkan gol menerusi permainan video EA Sports FC24 serta EA Sports FC Mobile selain dapat menonton perlawanan akhir Piala Eropah di Restoran Hakim.

Pengarah Gamesbond, Suki Lee berkata, sebanyak empat stesen disediakan iaitu dua stesen 'free to play' manakala dua lagi untuk pertandingan gol terpantas.

Menurutnya, bagi kategori FC Mobile pula, pengunjung boleh menggunakan peranti sendiri dan menunjukkan masa jaringan terpantas yang berjaya direkodkan.

Empat stesen disediakan iaitu dua stesen 'free to play' manakala dua lagi disediakan untuk pertandingan gol terpantas FC24.
Empat stesen disediakan iaitu dua stesen 'free to play' manakala dua lagi disediakan untuk pertandingan gol terpantas FC24.

Ujarnya, pemain hanya diberi masa selama 30 minit untuk setiap percubaan dan mereka dibenarkan menggunakan pasukan yang bertanding dalam pusingan akhir UEFA EURO 2024 sahaja.

“Permainan yang digunakan adalah EA SPORTS FC 24 (PlayStation 5 console) dan EA SPORTS FC Mobile serta mod perlawanan ditetapkan pada hari kejadian.

“Bagi kategori FC Mobile pula, pengunjung boleh menggunakan peranti sendiri dan menunjukkan masa jaringan terpantas yang direkodkan.

“Mereka perlu merekodkan catatan masa dalam permainan digital FC24 dan FC Mobile selepas menjaringkan gol kerana catatan masa paling pantas akan dinobatkan sebagai pemenang,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, bersempena kejohanan bola sepak Euro 2024, Sinar Harian akan mengadakan acara khas Riuh Euro iaitu tayangan perlawanan akhir melalui skrin gergasi di Restoran Hakim, Shah Alam bermula dari malam 14 Julai hingga awal pagi 15 Julai.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, Riuh Euro Sinar Harian diadakan bagi mengumpulkan peminat bola sepak di satu lokasi bersama-sama dengan pelbagai aktiviti menarik sementara menunggu tayangan final Liga Eropah 2024.

Mengulas lanjut, menurut Suki, pemenang yang bertuah akan mendapat barangan eksklusif daripada EA Sports.

“Pemenang yang berjaya menjaringkan gol dengan pantas akan memenangi hadiah istimewa daripada kami,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!