Lelaki dakwa ditumbuk orang kenamaan

Seorang lelaki mendakwa ditumbuk oleh orang kenamaan ketika menghadiri sebuah majlis rasmi di sini, minggu lalu. Gambar hiasan
Seorang lelaki mendakwa ditumbuk oleh orang kenamaan ketika menghadiri sebuah majlis rasmi di sini, minggu lalu. Gambar hiasan
A
A
A

REMBAU - Seorang lelaki mendakwa ditumbuk oleh orang kenamaan ketika menghadiri sebuah majlis rasmi di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, Balai Polis Rembau telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4 Julai lepas jam 6.12 petang.

"Laporan polis tersebut menyatakan seorang lelaki mendakwa telah ditumbuk oleh individu terbabit ketika menghadiri sebuah majlis rasmi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

Ujarnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan perintah menjalankan siasatan telah dipohon dan diperolehi daripada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan pada 5 Julai lalu bagi menjalankan siasatan.

"Seramai 17 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan pihak polis.

"Orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan atau sebarang spekulasi kerana siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!