Isu HRD Corp, SPRM mulakan siasatan

Sekumpulan anggota penyiasat SPRM dilihat keluar dari bangunan dari bangunan HRD Corp pada jam 5.45 petang. Foto HISYAMUDDIN AYUB
Sekumpulan anggota penyiasat SPRM dilihat keluar dari bangunan dari bangunan HRD Corp pada jam 5.45 petang. Foto HISYAMUDDIN AYUB
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan fokus utama siasatan berhubung kes Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) menjurus kepada elemen-elemen jenayah.

SPRM dalam kenyataannya berkata, hasil analisis awal mendapati 12 rumusan teguran seperti yang diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

"Namun begitu, fokus utama siasatan menjurus kepada elemen jenayah yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," kata kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, SPRM tidak akan menumpukan siasatan terhadap isu-isu kelemahan pengurusan dan ketidak akuran peraturan.

Ini kerana katanya, perkara-perkara tersebut telah dijelaskan dan diperkemaskan oleh pengurusan HRD Corp semasa Exit Conference dengan Jabatan Audit Negara sebelum ini.

"SPRM menyeru semua pihak agar memberi ruang dan masa yang mencukupi bagi proses siasatan ini dilaksanakan tanpa sebarang gangguan," ujarnya.

SPRM telah memulakan penyiasatan berhubung isu HRD Corp dengan mengambil dokumen-dokumen berkaitan LKAN daripada Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan HRD Corp pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!