Trendztok tawar khidmat penstriman langsung bantu usahawan

Fakhruddin Afiq
Fakhruddin Afiq
A
A
A

SYARIKAT media dan kreatif bumiputera, Trendztok menawarkan perkhidmatan penstriman langsung dan studio kepada usahawan untuk memaksimumkan potensi perniagaan mereka melalui siaran langsung yang menarik serta berkualiti tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Trendztok, Fakhruddin Afiq berkata, kemudahan studio kepada usahawan itu disediakan untuk platform e-dagang TikTok dan Shopee.

"Dengan pendekatan inovatif dan kepakaran dalam pengurusan media sosial serta 'personal branding', Trendztok memastikan setiap siaran langsung bukan sahaja menarik tetapi juga berkesan dalam menarik pelanggan dan meningkatkan jualan.

"Syarikat ini menjadi pilihan utama bagi usahawan yang ingin mengoptimumkan kehadiran mereka di platform digital dan memacu pertumbuhan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bagi mendapatkan info lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan syarikat ini, golongan usahawan dan orang ramai boleh melayari laman sesawang mereka di www.trendztok.com atau boleh ke laman sosial mereka di Trendztok Official.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!