Pelajar universiti hidap HIV tidak didiskriminasi

Muka depan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Norkhalid)
Muka depan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Norkhalid)
A
A
A

SHAH ALAM - Pelajar mana-mana universiti di negara ini yang menghidap HIV tidak didiskriminasi malah mereka bebas bergerak serta hidup normal sama seperti pelajar lain.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Norkhalid Salimin berkata, perbezaannya pesakit terbabit hanya perlu mengikuti janji temu dengan doktor sebagai rawatan berterusan dan langkah pencegahan jangkitan.

“Bagi kes positif HIV ini, pihak universiti menyerahkan kepada pejabat kesihatan daerah atau hospital untuk uruskan namun pada masa sama pihak universiti masih lagi memantau.

“Kalau pesakit ini cuti, mereka perlu melapor diri di klinik dekat kampung atau tempat mereka berada semasa tempoh itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia, Dr Dinesh Mahalingam supaya kerajaan menurunkan had usia saringan HIV dari 18 tahun kepada 16 tahun bagi memberi ruang pengesanan dan rawatan awal susulan peningkatan kes jangkitan virus itu dalam kalangan pelajar universiti.

Norkhalid berkata, cadangan supaya saringan lebih awal dibuat tidak akan menjejaskan kebebasan pelajar terbabit.

“Secara peribadi saya menyokong saranan supaya Kementerian Kesihatan Malaysia turunkan had umur saringan ini dari 18 tahun kepada 16 tahun.

“Kalau diturunkan had usia saringan ini maknanya ada tempoh lebih awal untuk penyakit ini dikawal kerana mereka nanti akan memasuki universiti. Yang penting program kesedaran perlu dipertingkatkan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!