Jaringkan gol terpantas anda!

Orang ramai boleh mencuba permainan video EA Sports FC24 dan EA Sports FC Mobile dalam 'Fastest Goal Challenge' sempena Riuh Euro di restoran Hakim bermula dari malam 14 Julai hingga awal pagi 15 Julai. (Gambar kecil: Suki)

A
A
A

SHAH ALAM - Fastest Goal Challenge mengajak penonton dan peminat bola sepak di negara ini menguji kepantasan dalam menjaringkan gol menerusi permainan video EA Sports FC24 serta EA Sports FC Mobile selain dapat menonton perlawanan akhir UEFA EURO 2024 di Restoran Hakim di sini.

Pengarah Gamesbond, Suki Lee berkata, sebanyak empat stesen disediakan iaitu dua stesen bebas manakala dua lagi untuk pertandingan gol terpantas.

Ujarnya, pemain hanya diberi masa selama 30 minit untuk setiap percubaan dan mereka dibenarkan menggunakan pasukan yang bertanding dalam pusingan akhir UEFA EURO 2024 sahaja.

“Permainan yang digunakan adalah EA SPORTS FC 24 (PlayStation 5 Console) dan EA SPORTS FC Mobile serta mod perlawanan ditetapkan pada hari kejadian.

“Bagi kategori FC Mobile pula, pengunjung boleh menggunakan peranti sendiri dan menunjukkan masa jaringan terpantas yang direkodkan.

“Mereka perlu merekodkan catatan masa dalam permainan digital FC24 dan FC Mobile selepas menjaringkan gol kerana catatan masa paling pantas akan dinobatkan sebagai pemenang.

Riuh Euro adalah kolaborasi bersama Sinar Harian, Astro Biz dan Restoran Hakim.
Riuh Euro adalah kolaborasi bersama Sinar Harian, Astro Biz dan Restoran Hakim.

"Pemenang yang bertuah akan mendapat barangan eksklusif daripada EA Sports,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Bersempena kejohanan bola sepak Euro 2024, Sinar Harian akan mengadakan tayangan perlawanan akhir melalui skrin gergasi di Restoran Hakim, Shah Alam bermula dari malam, 14 Julai hingga awal pagi, 15 Julai.

Riuh Euro adalah kolaborasi bersama Sinar Harian, Astro Biz dan Restoran Hakim. Antara rakan penaja Riuh Euro termasuklah Mahsuri Dagang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!