Koeman perlekeh England?
JURULATIH Belanda, Ronald Koeman sudah mempunyai calon pilihan untuk bertemu mereka di pentas final Euro 2024 walaupun belum mengetahui nasib pasukannya di separuh akhir.
Dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Signul Iduna Park pada Khamis ini, Belanda akan bertemu finalis edisi lalu, England.
Satu lagi aksi separuh akhir melibatkan Perancis dan Sepanyol yang berlangsung di Allianz Arena pada Rabu.
Menurut pengendali berusia 61 tahun itu, Belanda berharap bertemu Sepanyol di perlawanan akhir nanti kerana skuad •The Oranje• sudah berdepan Perancis di peringkat kumpulan.
“Jika kami bermain di final, keutamaan peribadi saya sudah tentu adalah Sepanyol.
“Saya memilih Sepanyol kerana kami sudah merasai perlawanan menentang Perancis di peringkat kumpulan.
“Tetapi sebelum ke final, kami perlu membuat persiapan rapi di separuh akhir,” katanya.
Belanda mengesahkan tempat ke separuh akhir Euro 2024 selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Turkiye 2-1 dalam aksi suku akhir di Olympiastadion pada awal pagi Ahad.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!