AKE, UCMI meterai MoU lahirkan usahawan sektor pendidikan awal kanak-kanak

Pengarah Al Kauthar Eduqids (AKE), Datuk Dr Bakhtiar Aliff Ibrahim (dua dari kiri) bersama Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (dua dari kanan) menandatangani MoU antara AKE dan UCMI yang diadakan di Kampus Bandar pada Selasa.
Pengarah Al Kauthar Eduqids (AKE), Datuk Dr Bakhtiar Aliff Ibrahim (dua dari kiri) bersama Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (dua dari kanan) menandatangani MoU antara AKE dan UCMI yang diadakan di Kampus Bandar pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Al Kauthar Eduqids (AKE) dan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penyediaan latihan industri kepada pelajar Fakulti Pengurusan, Pengajian dan Kemanusiaan (FPPK).

Pengarah AKE, Datuk Dr Bakhtiar Aliff Ibrahim berkata, untuk permulaan lebih 50 pelajar jurusan pendidikan awal kanakkanak fakulti itu akan menjalani latihan praktikal selama tiga bulan di 200 tadika dan taska AKE seluruh Malaysia.

BAKTHIAR
BAKTHIAR



Menurutnya, latihan tidak hanya tertumpu kepada pendidikan awal kanakkanak malah pelajar turut diberi pendedahan sektor industri kanak-kanak secara keseluruhan.

“Selepas menjalani latihan tersebut, AKE bersedia membantu graduan ini yang kebanyakannya terdiri daripada penerima bantuan Baitulmal untuk menceburi bidang perniagaan melalui pembukaan cawangan AKE.

“Mereka bukan sahaja berpeluang menjalani latihan industri malah ia mendorong mereka menceburi bidang keusahawanan.

“Program ini bertujuan untuk mengeluarkan mereka daripada keluarga asnaf dan menjadikan mereka daripada penerima zakat kepada pembayar zakat,” katanya selepas menandatangani MoU AKE dan UCMI di UCMI Kampus Bandar di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Persembahan pelajar UCMI pada Majlis Menandatangani MoU antara AKE dan UCMI.
Persembahan pelajar UCMI pada Majlis Menandatangani MoU antara AKE dan UCMI.



Turut hadir,Ketua Pegawai Operasi AlKauthar Eduqids, Datin Dr Nor Fadilah Alias dan Naib Canselor UCMI, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman. Bakhtiar berkata, selain UCMI, AKE sebelum ini turut menjalin kerjasama dengan beberapa institusi pendidikan lain termasuklah Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Selangor (Unisel).

“Sebelum ini, kami memfokuskan sektor pendidikan. Kerjasama pada kali ini menjurus kepada perkembangan usahawan dan memfokuskan hala tuju perjalanan graduan bidang pendidikan awal kanak-kanak sehingga menjadi usahawan di bawah pemantauan jenama AKE.

“Selain berpeluang membuka cawangan bidang penjagaan kanakkanak, penumpuan juga ke arah perkembangan pemasaran produk AKE yang lain seperti AKE Resort, AKE Seni, AKE Little Chef dan AKE SPA,” katanya.

Kembangkan kemahiran

Sementara itu, Nor Fadilah berkata, kerjasama itu tercetus melalui sesi bertukar idea dan pandangan bersama Timbalan Dekan FPPK yang mahu memberikan impak kerjasama menjurus kepada bidang keusahawanan.

Bakhtiar (dua dari kiri) dan Wan Mohd Azizi (tiga dari kiri) bersama tetamu yang hadir pada majlis MoU antara AKE dan UCMI
Bakhtiar (dua dari kiri) dan Wan Mohd Azizi (tiga dari kiri) bersama tetamu yang hadir pada majlis MoU antara AKE dan UCMI



Menurutnya, jika sebelum ini kerjasama menjurus kepada peluang pekerjaan, usahasama kali ini ke arah melahirkan graduan bersifat mandiri.

“Kebanyakan pelajar yang mengikuti pengajian di UCMI terdiri dalam kalangan B40 dan penerima bantuan Baitulmal.

“Kami melihat ada ruang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran mereka. “Selain mahu melahirkan graduan berjaya dalam pendidikan, kita juga mahu berikan peluang kepada mereka untuk mencuba serta menceburi bidang usahawan berjaya bersama AKE,” katanya.

Peluang pekerjaan

Sementara itu, Wan Mohd Azizi berkata, usahasama ini secara tidak langsung memberikan peluang pekerjaan kepada para pelajar selepas tamat belajar.

Ia selari dengan matlamat kolej universiti tersebut yang bukan hanya melahirkan graduan berjaya dalam bidang pendidikan malah ke arah persediaan graduan memasuki sektor industri.

WAN MOHD AZIZI
WAN MOHD AZIZI



“Ini merupakan peluang yang baik buat pelajar UCMI untuk didedahkan ke sektor industri melalui AKE yang telah memiliki lebih 200 cawangan seluruh Malaysia.

“Kami sentiasa menjalinkan kerjasama yang baik bersama industri kerana sektor pendidikan kanak-kanak mempunyai potensi besar dalam bidang pekerjaan,” katanya.

Melihat kepada potensi itu katanya, UCMI kini fasa akhir menyediakan kurikulum program bidang pendidikan kanak-kanak peringkat sarjana muda bagi memenuhi pasaran pekerjaan.

Ujarnya, FPPK telah diwujudkan sejak empat tahun lalu dan melahirkan lebih 500 graduan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!