Keropok beracun: Abang meninggal dunia

Muhammad Akil Syauqi (kiri) menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi Rabu ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Muhammad Akil Syauqi (kiri) menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi Rabu ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
A
A
A

GEORGE TOWN - Salah seorang daripada dua kanak-kanak yang kritikal selepas termakan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pagi Rabu.

Perkara itu disahkan ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi pada Rabu.

Nurain berkata, anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi.

"Betul, anak saya sudah meninggal dunia.

"Sekarang saya tengah tunggu proses bedah siasat," katanya sebak.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, dua beradik Muhammad Akil dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2 dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.

Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!