Felda anjur pertandingan memancing sempena Hari Peneroka 2024

Razuwan (tiga dari kiri) dan Mohd Shaidee (empat dari kiri) menunjukkan spesies patin buah yang dilepaskan ke Tasik Maeps.
Razuwan (tiga dari kiri) dan Mohd Shaidee (empat dari kiri) menunjukkan spesies patin buah yang dilepaskan ke Tasik Maeps.
A
A
A

SERDANG – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menganjurkan pertandingan memancing edisi khas Hari Peneroka Felda 2024 di Tasik Maeps di sini, Ahad ini.

Sempena pertandingan itu, pihak penganjur melepaskan spesies ikan patin buah dan jelawat ke Tasik Maeps, baru-baru ini.

Majlis pelepasan ikan disempurnakan oleh Pengarah Projek Hari Peneroka Felda 2024, Razuwan Che Ros dan turut dihadiri Ketua Kluster 4 (Kluster Sukan dan Gaya Hidup), Mohd Saidee Salleh serta Pengasas Wakjali Event Management, Md Zali Kasran, selaku pengurus acara.

Md Zali berkata, pertandingan itu yang diadakan sempena Hari Peneroka 2024, menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan hampir RM13,000 serta pelbagai hadiah cabutan bertuah.

“Juara pertandingan akan menerima RM7,000, naib juara RM1,400 dan ketiga RM700.

“Pemenang hingga tempat ke 30 juga akan menerima hadiah wang tunai serta hadiah iringan.

"Turut dipertandingkan ialah spesies keli dengan hadiah wang tunai RM500 untuk keli terbaik. Hanya satu hadiah dipertandingkan bagi kategori tersebut," katanya.

Pertandingan akan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan kaunter pendaftaran dibuka di lokasi pertandingan pada Sabtu ini dari jam 2 hingga 6 petang serta disambung semula pada Ahad bermula jam 7 pagi hingga pertandingan bermula.

Artikel Berkaitan:

Yuran penyertaan ialah RM40 untuk satu joran dan selain hadiah untuk pemenang, penganjur turut menyediakan 30 hadiah cabutan bertuah bernilai RM5,000.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!