Ketidakpatuhan HRD Corp: Kesuma lantik juruaudit bebas

Kesuma melantik juruaudit profesional pihak ketiga bagi melaksanakan audit bebas terhadap HRD Corp yang kini berdepan siasatan SPRM susulan pendedahan LKAN Siri 2/2024 dan PAC minggu lalu.
Kesuma melantik juruaudit profesional pihak ketiga bagi melaksanakan audit bebas terhadap HRD Corp yang kini berdepan siasatan SPRM susulan pendedahan LKAN Siri 2/2024 dan PAC minggu lalu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melantik juruaudit profesional pihak ketiga untuk menjalankan audit bebas terhadap agensinya, Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, audit bebas akan meneliti segala proses, prosedur, dokumentasi dan kepatuhan terhadap undang-undang serta garis panduan yang dibangkitkan dalam laporan Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Kesuma kini dalam proses perolehan untuk pelantikan juruaudit tersebut dan proses perolehan dijangka selesai selewat-lewatnya pada 31 Julai ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Steven Sim
Steven Sim

Menurutnya, tempoh masa dan laporan audit bebas akan ditentukan sebaik sahaja juruaudit telah dilantik.

"Audit bebas tersebut akan berjalan seiring dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan mana-mana pihak berkuasa lain," ujarnya.

Jelas beliau, HRD Corp telah diarahkan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai HRD Corp yang kini berdepan siasatan SPRM susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 dan PAC pada minggu lalu

Artikel Berkaitan:

Sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.

LKAN pula antara lain mendedahkan sejumlah RM4.81 juta baki geran pada tahun 2020 yang tidak digunakan dan belum dikembalikan kepada kerajaan, selain sebanyak 62 permohonan levi berjumlah RM1.68 juta diluluskan selepas tarikh latihan serta baki levi tertunggak berjumlah RM205.42 juta setakat 31 Disember lalu.

Sementara itu, Steven berkata, satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kesuma, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud telah ditubuhkan bagi memudah cara siasatan yang sedang berjalan.

Ia turut berfungsi untuk meneliti laporan JAN dan PAC, termasuklah juga hasil siasatan SPRM serta audit bebas.

"Pasukan petugas khas ini seterusnya akan memastikan tindakan susulan termasuk penambahbaikan dilaksanakan dengan sepenuhnya," katanya.

Sebelum itu, SPRM mula 'mengunjungi' pejabat HRD Corp dan Kesuma pada Selasa bagi mendapatkan dokumen untuk memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna dana membabitkan syarikat itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!